KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan dakwaan projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah dan Sarawak dibatalkan sebaliknya hanya proses tender serta penganugerahan Surat Setuju Terima (SST) baharu ditangguhkan.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, semua projek dalam senarai yang diluluskan Kementerian Ekonomi kekal dilaksanakan, namun jadual pelaksanaannya perlu disusun semula mengikut kemampuan peruntukan kerajaan.Katanya, langkah itu bertujuan menangani komitmen perbelanjaan yang melebihi peruntukan asal, selain menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor bagi projek yang sedang dilaksanakan."Dakwaan bahawa projek atau Surat Setuju Terima (SST) jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak dibatalkan adalah tidak benar."Hakikatnya, pengurusan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan (MoF) telah mengambil langkah untuk menangguhkan tender dan penganugerahan SST baharu," katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada Selasa.Pada 26 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor mendakwa, sebahagian projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak yang diluluskan bagi 2026 dibatalkan berikutan ketiadaan penyaluran dana walaupun peruntukan telah tersedia.Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, pembatalan tersebut menyebabkan penduduk luar bandar di kedua-dua negeri berkenaan menjadi mangsa apabila projek pembangunan yang dinantikan tidak dapat dilaksanakan.Kata beliau, keadaan sama turut menjejaskan masyarakat kampung di Semenanjung kerana projek yang telah diumumkan sepatutnya dilaksanakan mengikut perancangan.Mengulas lanjut, Amir Hamzah menegaskan, kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan projek JALB, malah perbelanjaan sebenar dan peruntukan sepanjang pentadbiran Kerajaan Madani adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.Menurutnya, jumlah berkenaan mencecah RM11 bilion berbanding RM3.72 bilion sebelum ini, manakala perbelanjaan tahun ini sahaja mencapai sehingga RM3 bilion."Tiada SST yang dikeluarkan dan kemudiannya projek itu dibatalkan. Semua projek dalam senarai yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi kekal untuk dilaksanakan."Hanya dalam usaha menangani 'terlebih' komitmen dan menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor, penjadualan pelaksanaan projek harus dirancang semula, dikawal dan diurus sebaiknya mengikut kemampuan peruntukan," jelasnya.Amir Hamzah menegaskan, peruntukan projek JALB bagi Sabah dan Sarawak juga meningkat setiap tahun dan tidak pernah disekat oleh MoF.Ujar beliau, peruntukan itu meningkat daripada RM642 juta pada 2022 kepada hampir RM1 bilion bagi 2023 dan 2024, sebelum melebihi RM1.2 bilion pada 2025 serta RM1.4 bilion tahun ini.Beliau menjelaskan, peningkatan komitmen projek yang sedang dilaksanakan menyebabkan keperluan perbelanjaan projek JALB melampaui peruntukan asal diluluskan
MoF nafi projek jalan luar bandar Sabah, Sarawak dibatalkan

Key takeaways
Kerajaan menafikan pembatalan projek Jalan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak, menyatakan hanya penangguhan tender dan penganugerahan SST baru. Semua projek yang diluluskan tetap dijalankan dengan penjadualan semula mengikut peruntukan.
- Menteri Kewangan menegaskan projek tetap dilaksanakan, hanya penangguhan tender dan SST baru.
- Penangguhan bertujuan mengurus perbelanjaan melebihi peruntukan dan menyelesaikan tunggakan bayaran kontraktor.
- Pembatalan projek diklaim oleh Timbalan Perdana Menteri, namun tidak disahkan oleh pihak kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian MoF nafi projek jalan luar bandar Sabah, Sarawak dibatalkan (this story)









