MELAKA: Prestasi cemerlang pentadbiran Barisan Nasional (BN) menjadi antara faktor utama kekuatan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata prestasi itu menyukarkan parti lawan mengkritik pentadbiran BN di Melaka sehingga mereka terpaksa memainkan sentimen negatif semata-mata untuk meraih perhatian pengundi.

"Rakyat boleh menilai prestasi sepanjang pentadbiran Ketua Menteri dan 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang diberikan mandat pada PRN lalu.

Kita dengar sendiri, malah ada ADUN Pakatan Harapan (PH) yang tersasul apabila mahu mengulas prestasi BN kerana sukar untuk mengkritiknya.