Shah Alam: Penyanyi Shiha Zikir yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-39, semalam amat sentiasa berdoa agar keadaan kesihatan ibunya, Rohana Ibrahim, 68, semakin baik.

Shiha berkata, doa itu menjadi harapan terbesarnya yang sentiasa dipanjatkan sejak kesihatan ibunya mula merosot pada September lalu.

"Saya sebenarnya agak sentimental. Setiap kali orang bertanya atau menitipkan doa menerusi mesej peribadi (DM), saya selalu menyatakan perkara sama, hanya mengharapkan kesihatan ibu kembali seperti sedia kala.

"Saya cuma berharap tahun ini mak saya sihat seperti biasa. Itulah satu-satunya harapan saya untuk tahun ini," katanya.