Melaka: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi menyediakan latihan kemahiran dalam sektor komoditi kepada klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, inisiatif itu bertujuan membuka peluang kedua kepada klien PUSPEN untuk membina kehidupan baharu menerusi penguasaan kemahiran yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan pekerjaan dan menjana pendapatan.

Beliau berkata, kemahiran dalam bidang komoditi berpotensi membantu golongan berkenaan berdikari selepas kembali ke pangkuan masyarakat, selain menyumbang kepada keperluan tenaga kerja tempatan dalam sektor perladangan.

"Melalui kerjasama ini, klien PUSPEN akan diberikan latihan kemahiran dalam bidang komoditi.