Menteri Besar Amirudin Shari berkata ia bagi memastikan semua pelajar Tingkatan Lima menerima makanan sewajarnya sepanjang hari peperiksaan mata pelajaran teras. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Kerajaan Selangor dalam perancangan menyediakan kemudahan makanan percuma khusus buat kira-kira 70,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri itu menerusi inisiatif khas Nutrisi Selangor (NutriSel) SPM 2026.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata ia bertujuan agi memastikan semua pelajar Tingkatan Lima menerima makanan sewajarnya sepanjang hari peperiksaan bagi mata pelajaran teras yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

"Sepanjang peperiksaan itu, kita akan sediakan makanan pagi atau makanan sewajarnya (tengah hari) kepada anak-anak ini supaya mereka dapat memasuki dewan peperiksaan tanpa halangan serta menambah semangat mereka untuk menjawab soalan."