Ketua Pengarah AKPS Shuhaily Zain ketika mempengerusikan mesyuarat pegawai kanan dan komander agensi itu hari ini. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Shuhaily Zain kembali menjalankan tugas sebagai ketua pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), meskipun Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan kembali berkhidmat dalam pasukan polis.

Dalam hantaran di Facebook, AKPS berkata Shuhaily kembali bertugas hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat komander, selepas bercuti sejak minggu lalu.

"Mesyuarat yang menghimpunkan semua pegawai kanan dan komander pintu masuk AKPS ini memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027, khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara.