Melaka: Berbeza parti bukan penghalang bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Nor Azman Hassan turun padang membantu kempen calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Rafie Ahmad.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor yang dikenali sebagai Tok Man berkata, kehadiran beliau di kawasan itu atas inisiatif sendiri berikutan hubungan persahabatan lama dengan calon berkenaan, selain mahu membantu jentera kempen mendekati pengundi.
Katanya, beliau juga mempunyai ramai kenalan lama daripada UMNO dan PAS di Parlimen Tangga Batu yang mendorongnya untuk turut membantu kempen di kawasan berkenaan sesuai dengan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN).
"Saya terpanggil untuk membantu kerana kita mahu empat-empat DUN dalam Parlimen Tangga Batu ini menang.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F08%2Fe2d1fba86c7f4f8502998136fc91f1c7.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
