Key takeaways
Dua kenderaan terkandas akibat banjir kilat di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur, pada 3.30 petang. Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba sebelum operasi ditamatkan pada 4.00 petang.
- Banjir kilat menyebabkan dua kenderaan, iaitu Mini Cooper dan BMW, terkandas di lokasi kejadian.
- Seorang mangsa wanita tersangkut di dalam kereta Mini Cooper dan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.
- Operasi penyelamatan melibatkan sebuah jentera dan enam anggota, serta ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.00 petang.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Beberapa kenderaan dilaporkan terkandas akibat banjir kilat di Jalan Pantai Baharu berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dan kenderaan utiliti dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang.
"Terdapat dua kenderaan yang terkandas akibat banjir, iaitu Mini Cooper dan BMW dan seorang mangsa wanita tempatan terkandas di dalam kereta jenis Mini Cooper.
"Anggota Bomba bertindak menyelamatkan mangsa dan membawa ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.