REMBAU: Seorang warga emas berusia 74 tahun maut selepas terperangkap dalam kereta dipandunya yang dihanyutkan arus banjir di Kampung Kundur Hulu, di sini malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.20 malam.
Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau tiba di lokasi dua minit kemudian sebelum operasi menyelamat dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Telok Kemang.
“Waris mangsa memaklumkan bapanya terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Myvi selepas kenderaan itu dihanyutkan arus ketika melalui jalan berkenaan.








