LUMUT – Dua beradik maut dalam kebakaran rumah di Kampung Koh, Sitiawan dekat sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Datuk Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.01 pagi tadi.

“Berlaku kebakaran dua buah rumah berkembar dua tingkat dengan ia musnah hampir 90 peratus. Terdapat dua orang mangsa terperangkap di dalam rumah.

“Kebakaran turut melibatkan empat buah kenderaan iaitu dua buah Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal,” katanya di sini hari ini.