Kuala Lumpur: Parti Amanah Negara (AMANAH) menangguhkan Konvensyen Amanah Nasional yang dijadualkan pada 14 dan 15 November depan, bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil, berkata konvensyen berkenaan akan diadakan pada 21 dan 22 November di Shah Alam, Selangor.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) parti berkenaan selepas mengambil kira hari pengundian PRN Melaka bertembung dengan tarikh konvensyen berkenaan.
"AMANAH mengarahkan jentera di seluruh negara untuk memberikan tumpuan dan bersama-sama turun membantu gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka ini bagi memastikan perubahan besar berlaku," katanya dalam kenyataan.








