Malaysia berdepan episod jerebu berpanjangan sejak awal Ogos lalu yang menjejaskan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan usul membahaskan jerebu dan pencemaran udara yang melanda negara sebagai krisis nasional susulan kesan terhadap kesihatan awam, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Usul dikemukakan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi membolehkan isu itu dibahaskan segera di kamar khas, petang ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor, berkata usul itu memenuhi ketiga-tiga syarat ditetapkan iaitu perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Yang Dipertua telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa perkara-perkara ini adalah perkara yang tertentu. Ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan perkara ini juga perlu disegerakan.