KUALA LUMPUR: IOI Properties Group Bhd masih menilai beberapa inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX).

Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan belum ada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan.

IOI Properties berkata, kenyataan yang dikaitkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Lee Yeow Seng, dibuat dalam konteks pertimbangan pihak pengurusan.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan bertajuk 'IOI Properties dalam rundingan untuk penyenaraian sekunder di SGX' yang diterbitkan The Edge Malaysia dan The Edge Singapore.