KUALA LUMPUR: Syarikat korporat Malaysia diseru memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan dan produktiviti serta membina perniagaan lebih mampan dan berdaya saing.
CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) berkata, Belanjawan MADANI kelima itu dirangka ketika persekitaran luaran semakin mencabar.
Cabaran berkenaan termasuk konflik di Asia Barat, gangguan bekalan tenaga dan perkapalan, ketegangan perdagangan serta peningkatan risiko terhadap rantaian bekalan makanan.
Ketua Pegawai Eksekutif CGS MY, Khairi Shahrin Arief Baki, berkata Belanjawan 2027 menyediakan lebih banyak instrumen kepada perniagaan untuk melabur dalam teknologi, kemahiran, kemampanan dan kapasiti produktif.










