KUALA LUMPUR: Program MRSM Bintang Media disifatkan 'game changer' atau pengubah keadaan yang mampu meningkatkan kualiti pelajar menerusi pendedahan kepada realiti industri penyiaran dan komunikasi.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kerjasama strategik di antara MARA dengan Media Prima Berhad itu berjaya membuka perspektif baharu kepada pelajar mengenai industri media yang berubah mengikut peredaran zaman.
Kata beliau, pelajar bukan sahaja memperoleh maklumat dan tunjuk ajar daripada penggiat industri, khususnya pakar Media Prima, malah mendapat pendedahan kepada dunia penyiaran dan komunikasi sebenar.
"Kalau dahulu kita melanggan surat khabar hanya untuk aktiviti dalam bilik darjah, hari ini dengan program seperti ini, kita membuka perspektif baharu kepada pelajar.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSS1ddd_297864.png&w=480&output=webp&q=85&we)
