Kuala Lumpur: Undian Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 bagi Zon Utara yang selesai dilaksanakan hari ini dijangka berlangsung sengit, terutama membabitkan pertembungan pasukan pembangunan dan kelab.

Antara pasukan tumpuan yang mengambil bahagian ialah NSTDP Kedah, MI Junior, SSTMI, Tatar dan Highlander, selain beberapa pasukan dari luar Kedah yang turut menyertai saingan itu.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit berkata, undian berkenaan membuka ruang kepada pertembungan menarik apabila pasukan dari negeri berbeza ditempatkan dalam kumpulan sama.

Beliau berkata, kehadiran pasukan dari selatan tanah air dan Terengganu turut memberikan warna tersendiri kepada kejohanan, sekali gus menjanjikan persaingan lebih kompetitif dalam kejohanan yang bakal berlangsung Jumaat dan Sabtu ini di The Arena of Sport, Sungai Petani.