Kuala Lumpur : Vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz berpendapat, pendidikan agama sangat lengkap dalam sistem pendidikan Malaysia dan tidak ada alasan untuk masyarakat beranggapan bahawa kurangnya didikan agama, menjadi punca sesetengah individu tersasar.
Ini berikutan tularnya berita mengenai seorang lelaki, didakwa melakukan upacara agama lain sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai status agama dan perbincangan dalam kalangan masyarakat.
"Mengenai isu yang berlaku, diharapkan ia menjadi pengajaran. Bila orang sekeliling menegur, maknanya orang sayang dan Allah sayang. Iman tidak dapat diwarisi daripada seorang ayah yang bertakwa, jadi jangan salahkan ibu bapa jika anak berbuat begitu.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F90834593045_307946.png&w=480&output=webp&q=85&we)