Kuala Lumpur: Polis membuka dua kertas siasatan berasingan susulan dakwaan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima wang RM350,000 daripada seorang individu pada November 2017.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata siasatan itu dimulakan selepas polis menerima laporan berhubung dakwaan berkenaan yang tular di beberapa platform media sosial sejak beberapa hari lalu.
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pegawai kanan itu menerima RM350,000 daripada seorang individu 13 November 2017.
Seksyen itu memperuntukkan kesalahan bagi penjawat awam yang mendapatkan barang berharga tanpa balasan daripada individu yang mempunyai kaitan dengan prosiding rasmi atau urusan yang dikendalikan oleh mereka.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2F101f2f46828676a44d47cb8b70ff3060.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

