SUNGAI PETANI: Warga Myanmar yang mempunyai rekod jenayah di Malaysia perlu menjalani proses undang-undang negara ini terlebih dahulu sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu antara ketetapan dipersetujui kerajaan Myanmar dalam pertemuan dua hala baru-baru ini bagi memperjelaskan mekanisme penghantaran pulang rakyat negara berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan Myanmar bersetuju menerima semula rakyatnya yang berada di Malaysia selepas proses pemeriksaan dan pengesahan identiti dilakukan pihak berkuasa negara ini.
"Kerajaan Myanmar bersetuju menerima kembali rakyat mereka yang berada di tempat kita selepas kita melakukan proses yang ditetapkan melainkan ada garis merah iaitu mereka ada rekod jenayah.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)