KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Eng Ler Qi mengesahkan tiket ke undian utama badminton Malaysia Super 100 selepas menewaskan pemain Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta, dalam aksi kelayakan, hari ini.
Ler Qi yang menduduki ranking ke-153 dunia bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan 20-22, 21-19, 21-11 dalam pertarungan tiga set di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor.
Dia mengakui berdepan kesukaran pada awal perlawanan akibat rasa gementar dan keadaan gelanggang yang berangin, sekali gus menyukarkannya mendapatkan rentak permainan.
"Pada mulanya, saya berasa gementar dan agak sukar menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang kerana angin. Saya tidak mendapat momentum seperti yang diharapkan, tetapi saya tidak berputus asa dan terus mencuba," katanya.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2021%2F09%2F33209265c324be27e337f035db84b78b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

