Kulai: Dua pasangan kekasih ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di dua bilik berasingan di sebuah rumah kedai di Saleng, di sini, semalam.
JAINJ dalam kenyataannya memaklumkan kedua pasangan itu ditahan dalam serbuan pada 10.50 pagi selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan di bilik pertama menemukan seorang lelaki berusia 22 tahun bersama seorang wanita berusia 22 tahun yang bukan isterinya.
"Pemeriksaan lanjut turut menemukan pakaian lelaki dan wanita di dalam bilik berkenaan sebelum pasangan itu mengaku sudah tinggal bersama selama beberapa bulan," menurut kenyataan itu.









