KUALA LUMPUR: Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) memperkenalkan Honda PCX160 Serba Baharu ke pasaran Malaysia, menandakan kemunculan semula skuter premium itu selepas enam tahun, dengan harga jualan disyorkan RM12,998.

Model baharu itu hadir dengan reka bentuk lebih moden dan elegan, selain dilengkapi teknologi sambungan Honda RoadSync bagi memenuhi keperluan penunggang di kawasan bandar.

Menerusi meter TFT lima inci, Honda RoadSync membolehkan penunggang mengakses navigasi, panggilan telefon, muzik dan notifikasi mesej ketika dalam perjalanan.

PCX160 turut dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem brek Anti-Kunci (ABS) bagi membantu meningkatkan kawalan serta keyakinan penunggang ketika menunggang.