KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Lianson Fleet Group Bhd (LFG), LFG Cengal Ltd telah membeli sebuah kapal pengangkut pukal bernama LFG Cengal dengan jumlah pertimbangan tunai sebanyak AS$23 juta (RM93.9 juta) daripada pihak ketiga yang tidak mempunyai kaitan dengan syarikat tersebut.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, LFG memaklumkan bahawa LFG Cengal merupakan kapal pengangkut pukal jenis Ultramax buatan Jepun yang dibina pada Mei 2013, dengan kapasiti muatan berat sebanyak 61,446 tan metrik, muatan kasar 34,794 tan dan muatan bersih sebanyak 20,209 tan.

Dengan panjang keseluruhan 199.98 meter, lebar 32.24 meter dan kedalaman acuan 18.60 meter, LFG Cengal dilengkapi dengan lima ruang kargo dan lima penutup kargo, menurut syarikat itu.