KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17.15 bilion membabitkan 3.23 juta kes pembayar cukai bagi tempoh sehingga 30 September lalu.
Kementerian Kewangan (MoF), berkata daripada jumlah itu, RM6.38 bilion sudah dibayar balik kepada 3.1 juta pembayar cukai individu, manakala RM8.95 bilion dibayar balik kepada lebih 130,000 pembayar cukai syarikat, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Dalam memperkukuh urusan bayaran balik lebihan cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah melaksanakan pelbagai strategi yang lebih adil dan saksama serta memastikan peruntukan bayaran balik daripada kerajaan dapat diagihkan secara teratur dan berkesan berdasarkan usia tunggakan kes dan turut memberi keutamaan kepada PMKS dan syarikat yang sedang menghadapi masalah aliran tunai.









