Istanbul: Kumpulan Houthi di Yaman memberi amaran pada Selasa kepada semua pekerja dan orang awam berhampiran kemudahan milik syarikat gergasi minyak Aramco Arab Saudi supaya berpindah dan menjauhi kawasan berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap tentera Houthi Yahya Saree dalam satu kenyataan berkata kumpulan itu menganggap mana-mana kemudahan minyak Aramco sebagai "sasaran sah" bagi pasukannya.
Dalam kenyataan susulan, Saree mengeluarkan amaran kepada pakar, jurutera dan pekerja di semua kemudahan minyak Arab Saudi, termasuk lokasi yang pernah disasar sebelum ini serta tapak lain yang dianggap sasaran oleh kumpulan itu, dengan menggesa mereka menjauhkan diri bagi mengelakkan nyawa mereka daripada terancam.









