SANAA: Pegawai Houthi semalam memberi amaran bahawa Amerika Syarikat (AS) akan berdepan 'tindak balas menyakitkan' sekiranya Washington menyertai perang di Yaman.

Sebelum ini, Arab Saudi dilaporkan berulang kali meminta Washington membantu Riyadh dalam usaha menghadapi serangan berulang yang dilancarkan kumpulan itu.

Perang saudara di Yaman - di mana pakatan ketenteraan diketuai Arab Saudi menyokong Kerajaan Yaman menentang Houthi - tercetus semula pada Julai lalu yang menyaksikan konflik semakin merebak di Asia Barat.

Houthi pantas menyasarkan kemudahan minyak, kapal tangki dan hab pengangkutan Arab Saudi, termasuk siri serangan maut ke atas lapangan terbang di Riyadh.