Kuala Lumpur: Bagi memastikan kejayaan skuad sepak takraw negara diteruskan pada masa hadapan, McDonald's menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk menyokong pembangunan sepak takraw negara selepas skuad kebangsaan meraih emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar melihat kejayaan skuad senior itu memberi inspirasi kepada anak muda untuk mengikut jejak mereka selepas ini.

"Seluruh skuad telah memberikan rakyat Malaysia satu detik yang amat membanggakan. Di sebalik pencapaian ini ada bertahun-tahun latihan, pengorbanan dan semangat berpasukan, serta sokongan keluarga, jurulatih dan pengurusan yang sentiasa bersama mereka.