KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori lain di Kilometer 428.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang juga pemandu lori jenis Isuzu, Divakgar Anbalagan, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Mercedes Benz dipandu Mahmid Mohamad, 63, sedang bergerak dari arah Ajil menghala ke Tepoh."Lori Isuzu yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Store Shoppe Gong Badak lalu melanggar bahagian belakang lori Mercedes Benz terbabit," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.Beliau berkata, pemandu lori Mercedes Benz mengalami kecederaan di bahagian muka, manakala mangsa yang maut telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Pemandu maut rempuh belakang lori di LPT2

Key points
- KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori lain di Kilometer 428.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada Selasa.
- "Lori Isuzu yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Store Shoppe Gong Badak lalu melanggar bahagian belakang lori Mercedes Benz terbabit," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
- Beliau berkata, pemandu lori Mercedes Benz mengalami kecederaan di bahagian muka, manakala mangsa yang maut telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus untuk tindakan lanjut.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Pemandu lori rempuh 11 kereta direman 4 hari
- Utusan Malaysia Lori rempuh 11 kenderaan: Pemandu positif dadah
- Sinar Harian Pemandu maut rempuh belakang lori di LPT2 (this story)
- Berita Harian Pemandu maut rempuh belakang lori








