KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara.Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.Mesyuarat MRR Ke-273 akan berlangsung dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.- Bernama