ADDIS ABABA – Sebuah penerbangan Ethiopian Airlines menuju Israel terpaksa berpatah balik kelmarin selepas salah seorang juruterbangnya didapati warganegara Indonesia, lapor saluran berita N12 News.

Indonesia yang merupakan sebuah negara Islam, pada masa ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, menyebabkan warganegaranya tidak layak terbang ke Israel atas faktor risiko keselamatan.

N12 melaporkan bahawa identiti juruterbang itu dimaklumkan kepada pasukan keselamatan serta kakitangan lapangan terbang Israel, yang menuntut pesawat berpatah balik semasa masih berada di ruang udara Ethiopia.

Juruterbang itu kemudian ditukar dengan juruterbang lain, sebelum pesawat tersebut berlepas semula dan ber