PETALING JAYA – Permodalan Kelantan Berhad (PKB), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah berjaya melengkapkan penerbitan sulung Sukuk Sosial berjumlah RM35 juta di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM300 juta.

Penerbitan ini merupakan Sukuk Sosial pertama Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan negeri dan Sukuk Sosial pertama di Kelantan.

Urus niaga bersejarah ini menyusuli kemasukan sulung PKB ke dalam pasaran modal sukuk Malaysia melalui penubuhan Program Sukuk Wakalah bernilai RM300 juta dan penerbitan Sukuk Wakalah berjumlah RM265.0 juta pada November 2025, yang merupakan penerbitan sukuk pertama di Kelantan.

Pengerusi PKB, Datuk Ahmad Yaakob, Pengerusi PKB berkata, penerbitan Sukuk Sosial ini bukan sekadar menyediakan sumber pembiayaan kepada PKB tetapi menjadi pemangkin kepada pengembangan perniagaan Ar-Rahn dan peningkatan keupayaan PKB untuk memberikan perkhidmatan kewangan Islam yang lebih luas kepada masyarakat.