KEMAMAN – Seekor penyu agar betina yang pernah dua kali mendarat untuk bertelur pada bulan Ogos lalu ditemukan mati terdampar di Pantai Chakar Hutan, Kerteh, di sini, semalam.
Bangkai induk penyu agar berusia kira-kira 20 tahun ditemui di pesisir pantai tersebut pada pukul 6.30 petang.
Pengurus Projek Pemeliharaan Penyu, Persatuan Pemuliharaan dan Kajian Marin Malaysia (Pulihara), Wan Zuriana Wan Sulaiman berkata, seorang renjer dan pegawai marin badan bukan kerajaan (NGO) tersebut menemukan bangkai penyu terbabit sewaktu mengadakan rondaan rutin di pantai itu.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)