PETALING JAYA – Hasrat penyanyi Ara Johari untuk kembali ke bilik hotel selepas bersiap menghadiri sebuah acara di Sarawak bertukar detik mencemaskan apabila lif dinaikinya tersangkut selama hampir 40 minit, Sabtu lalu.

Lebih meresahkan Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 29, berkata, lif berkenaan tersangkut di antara tingkat tiga dan empat di kawasan parkir, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan bantuan kerana lokasi itu agak lengang.

“Kejadian itu berlaku kira-kira tiga hari lalu ketika saya menghadiri sebuah acara di Sarawak. Ketika itu, saya sudah siap bersolek dan sekitar pukul 3.30 petang, saya menaiki lif untuk ke bilik sebelum tiba-tiba lif tersangkut.