Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata Kementerian Kesihatan sedang mengambil beberapa pendekatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan mencapai sasaran berkenaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum dapat mencapai sasaran 50% kes kecemasan yang mengancam nyawa menerima respons dalam tempoh kurang 15 minit.
Katanya, pada 2025 hanya 34.1% kes kecemasan yang mengancam nyawa menerima respons dalam tempoh kurang 15 minit dan mengakui usaha untuk mencapai sasaran itu amat mencabar.
“Bagi 2025, pencapaian keseluruhan nasional bagi kes Priority 1 (kes kecemasan yang mengancam nyawa) hanya 34.1%, di bawah sasaran 50% yang kami tetapkan.







