Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dilaporkan hanya akan menghadiri mesyuarat pra-Majlis Raja-Raja esok. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula esok, menurut laporan Straits Times Singapura.

Perkembangan itu dilihat sebagai pengiktirafan Raja-Raja Melayu terhadap kedudukan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah Negeri Sembilan yang sah, ketika krisis institusi diraja negeri itu berlarutan sejak enam bulan lalu susulan pengisytiharan sepupunya, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar, sebagai pemerintah baharu.

Menurut Straits Times, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dijadual mempengerusikan mesyuarat itu mulai esok hingga 15 Okt, telah menjemput Tuanku Muhriz untuk hadir.