KUALA LUMPUR – Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai menarik balik semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa yang memaksa Menteri Besar Negeri Sembilan menandatangani proklamasi berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Alasan penarikan balik semakan kehakiman disebabkan permohonan tersebut telah menjadi akademik berikutan pengakuan Menteri Besar telah menandatangani Proklamasi bertarikh 3 Ogos lalu.Mahkamah merekodkan perkara berkenaan ketika pengurusan kes, dijalankan secara dalam kamar di hadapan Hakim, Norliza Othman.Mereka ialah Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.Semua pembesar negeri itu selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman pada Julai lalu dengan menamakan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri sebagai responden.Empat pihak itu telah memohon perintah mandamus memaksa Menteri Besar menandatangani proklamasi mengiktiraf penyingkiran Tuanku Muhriz dan satu lagi proklamasi mengiktiraf Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar ke-12.AKAN MENYUSUL