surayaroslan@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Tiga Undang Luak Negeri Sembilan (yang dipertikaikan) dan Undang Luak Johol hari ini menarik balik permohonan semakan kehakiman yang difailkan bagi memaksa Menteri Besar menandatangani proklamasi berkaitan penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Penarikan balik permohonan itu direkodkan ketika pengurusan kes yang dijalankan secara dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Norliza Othman.
Mereka ialah Datuk Mubarak Thahak, Datuk Maarof Mat Rashid, Datuk Abd Rahim Yasin dan Datuk Muhammed Abdullah selaku pemohon memfailkan permohonan berkenaan pada Julai lalu.
Mereka menamakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai responden.








