bhrencana@bh.com.my
Kemelut institusi diraja Negeri Sembilan berlarutan sejak awal tahun ini bukanlah yang pertama dalam sejarah negeri beradat itu. Pada abad ke-19, luak yang membentuk Negeri Sembilan pernah dilanda krisis penggantian dan pertelingkahan antara Yamtuan, Undang dan luak hingga mencetuskan peperangan. Cara krisis itu diselesaikan meninggalkan satu preseden penting yang wajar diteliti semula pada hari ini.
Kajian penulis diterbitkan dalam BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (Jilid 9, Bil. 3, 2026) meneliti tiga perjanjian dimeterai pemerintah dan pembesar wilayah Negeri Sembilan, iaitu Perjanjian Seri Menanti 1876, Perjanjian Rembau 1877 serta Perjanjian Jelebu 1877.






