KUALA LUMPUR – Tiga Undang Luak Negeri Sembilan (yang dipertikaikan) dan Undang Luak Johol menarik balik semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memaksa Menteri Besar Negeri menandatangani proklamasi berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Mereka ialah Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.
Dalam pengurusan kes di hadapan Hakim Norliza Othman hari ini, alasan penarikan balik semakan kehakiman itu disebabkan permohonan tersebut telah menjadi akademik berikutan pengakuan Menteri Besar telah menandatangani Proklamasi bertarikh 3 Ogos lalu.










