SUNGAI SIPUT – Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di tepi jalan di Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri di kawasan tersebut kira-kira pukul 4.45 pagi.
Katanya, sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
“Berdasarkan maklumat awam, seorang lelaki dijumpai terbaring di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pegawai penyiasat kemudian menjalankan pemeriksaan luaran terhadap tubuh lelaki terbabit dan mendapati terdapat unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.










