SHAH ALAM – Pemerintahan 25 tahun Sultan Selangor, Sharafuddin Sharafuddin Idris Shah diabadikan pada sebilah keris yang sarat dengan simbolik warisan Melayu.
Keris Jubli Perak sepanjang 25 inci (63.5 sentimeter) mempunyai 25 motif berbentuk siku atau chevron, sembilan tatahan batu permata serta menggunakan tujuh jenis besi.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office berkata, keris istiadat tersebut dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan.
Menurutnya, setiap unsur pada keris berkenaan mempunyai makna tersendiri yang menggambarkan perjalanan pemerintahan baginda dan identiti negeri Selangor.
“Ukuran panjang keris sepanjang 25 inci memperingati 25 tahun pemerintahan Baginda, manakala penggunaan tujuh jenis besi melambangkan penyatuan kekuatan. Unsur Helang Putih pula menzahirkan keberanian dan kewibawaan.








