Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga dari kiri) bersama Azmin Ali (kiri), Amirudin Shari dan Khir Toyo (kanan) selepas solat Jumaat hari ini. (Gambar Selangor Royal Office)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah kepada pemimpin politik supaya tidak bergaduh, bertelagah atau berebut kuasa sehingga mencetuskan perpecahan sesama sendiri.

Baginda juga bertitah supaya segala usaha dan perhatian seharusnya diberikan kepada pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat serta kebajikan terhadap golongan yang memerlukan pembelaan.

Sultan Selangor menegaskan, perbezaan pendirian dan fahaman politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama demi kepentingan negeri dan rakyat.