KUALA TERENGGANU – Keluarga Ahmad Azhar Mohamad Yusof, 59, yang masih berduka kehilangan anak sulung akibat kemalangan pada tujuh bulan lalu sekali lagi diuji kematian anak kedua juga menerusi insiden sama semalam.
Ahmad Azhar berkata, pemergian anak kedua, Ahmad Areesy Zafreen Ahmad Azhar,16, yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal juga akibat nahas sewaktu bermotosikal meletakkan keluarganya dalam titik terendah.
Dia berkata, kemalangan sama juga menyebabkan anak ketiganya daripada lima beradik, Aireen Areesya Zazreen, 12, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran mengalami kecederaan pada bahagian mata.
“Tujuh bulan lalu Along (Ahmad Azreeq) meninggalkan kami dalam nahas sewaktu bermotosikal di Besut. Semalam (kelmarin) Angah (Ahmad Areesy Zafreen) pula.









