PETALING JAYA –  Astaka Holdings Limited (Astaka Holdings) telah melancarkan SOL, jenama HealthTech yang memfokuskan kepada penciptaan persekitaran dalaman yang lebih bersih dan sihat melalui nanoteknologi yang diaktifkan cahaya.

SOL adalah produk pertama syarikat yang disifatkan sebagai “Cahaya Perlindungan Aktif Pertama di Dunia”, iaitu sebahagian daripada rangkaian produk yang lebih meluas untuk memenuhi keperluan pasaran pengguna, termasuklah isi rumah dengan kanak-kanak, warga emas dan haiwan peliharaan, serta mereka yang mengambil berat tentang isu kulat dan bau dalaman.

Rangkaian produk yang akan dipasarkan nanti bakal memenuhi keperluan pelbagai industri dan sektor yang mana kualiti persekitaran dalaman menjadi keutamaan, termasuklah bidang penjagaan kesihatan, pemprosesan makanan, stesen MRT dan kemudahan pengangkutan awam lain, pejabat, sekolah dan ruang dalaman guna sama yang lain.