KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) mengambil langkah berhati-hati dengan menghentikan sementara pembayaran elaun kepada Pengerusi, Ahli Jawatankuasa, Setiausaha, dan Wakil Pengurusan berikutan timbul isu perbezaan tafsiran undang-undang.
KWPPL dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa isu itu berhubung punca kuasa perundangan serta tatacara kewangan yang terpakai terhadap pembayaran terbabit.
Menurutnya, pembayaran elaun berkenaan menggunakan dana KWPPL dan bukannya Peruntukan Mengurus Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Laut Malaysia (JLM) .
"KWPPL ditubuhkan bawah kerangka Merchant Shipping Ordinance 1952 (MSO 1952) dan ditadbir berdasarkan Merchant Shipping (Central Mercantile Marine Fund) Rules 1984 (CMMF Rules 1984) sejak 1953.








