sukan@hmetro.com.my
Iskandar Puteri: Johor Darul Ta'zim (JDT) mahu memastikan tiada ruang buat kesilapan silam berulang apabila melayan kunjungan kelab Kemboja, PKR Svay Rieng FC dalam aksi Kumpulan B saingan Kejuaraan Kelab Asean (ACC) 2026/27 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam esok.
Pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz menggesa anak buahnya supaya mengekalkan fokus serta persembahan bertenaga sejak minit awal permainan, terutamanya selepas berehat panjang ekoran kalendar perlawanan antarabangsa yang membabitkan Harimau Malaya dalam Kejohanan Piala ASEAN FIFA di Jakarta, baru-baru ini
Menurut pengendali kelahiran Sepanyol itu, walaupun kedua-dua pasukan pernah terikat 2-2 pada aksi musim lalu, situasi kali ini berbeza kerana perlawanan bakal berlangsung di laman sendiri dan kesempatan itu harus digunakan sepenuhnya bagi memburu keputusan positif.









/file/attachments/orphans/catsanddog12_879745.png)
