KUALA LUMPUR: Selepas hampir empat bulan dipisahkan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya kembali bergandingan secara kompetitif dan terus berdepan ujian getir apabila diundi menentang pasangan bekas juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada pusingan pertama Terbuka Denmark di Odense, minggu depan.

Pertemuan itu bakal menjadi aksi pertama gandingan nombor empat dunia berkenaan sejak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan rombakan pasangan pada Jun lalu, sebelum mereka diberi peluang untuk bersatu semula selepas Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Namun, cabaran pertama bukan calang-calang apabila mereka berdepan Hoki-Kobayashi yang memegang rekod kelebihan 9-3 dalam pertemuan sesama sendiri, selain pernah menjuarai Kejohanan Dunia pada 2021.