am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 dijangka diserahkan kepada Kementerian Pertahanan pada April 2027.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, tarikh baharu itu diberikan LUNAS (Lumut Naval Shipyard) selepas kontraktor dipertanggungjawabkan tidak dapat memenuhi komitmen asal untuk menyerahkan kapal berkenaan pada Disember 2026.

"Kelewatan itu berpunca daripada rangkaian kerja yang masih belum selesai, termasuk kerja-kerja perpaipan, pemasangan kabel, pemasangan dan pemeriksaan peralatan serta aktiviti pengujian dan pentauliahan yang seterusnya.

"Di pihak Kementerian Pertahanan, mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khususnya, kita sangat berasa dukacita, kecewa dan tidak selesa dengan kelewatan dan prestasi pembinaan LCS yang dipertanggungjawabkan kepada LUNAS.