KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas membenam pemain China, Dong Tian Yao.
Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Energia Areena sebentar tadi, bekas juara All England itu mempamerkan corak permainan lebih baik di set kedua apabila menang straight-set 21-18, 21-14.
Zii Jia yang beraksi di pusingan kelayakan semalam bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada pemain No.40 dunia di set pertama sebelum kembali mempamerkan aksi sebenar ketika set kedua.
Kejayaan melangkah ke pusingan kedua pastinya memberikan kelegaan selain menyuntik semangat bekas pemain No.2 dunia itu selepas dia terkandas seawal pusingan pertama dalam dua kejohanan terdahulu.










/file/attachments/orphans/dsasaasdasd_211372.jpg)