ALOR SETAR – Dua individu iaitu pengarah urusan dan pengarah syarikat dijangka didakwa berkaitan kes baja di Mahkamah Sesyen di sini pada esok.
Pertuduhan terhadap kedua-dua individu itu akan dibuat pada pukul 9 pagi.
Bagaimanapun, perincian berhubung pertuduhan atau jumlah kesalahan belum diketahui setakat ini.
Pada 13 September lalu, seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja berusia lingkungan 30-an direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan SPRM menyiasat isu berkaitan kelewatan bekalan Baja 3 kepada kira-kira 40,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, di sini. – KOSMO! ONLINE










/file/attachments/orphans/dsasaasdasd_211372.jpg)